Aku mahu jadi debutante
Aku mahu orang hormati aku
Aku mahu orang tahu siapa aku dalam dunia mereka
Aku mahu orang angkat pandangan mereka bila pandang aku
Tetapi orang kata debutante ini sombong
Orang kata debutante selalu pandang rendah orang lain
Orang kata debutante ambil enteng pendapat orang lain
Tidak…
Debutante tidak begitu
Debutante tinggi status sosialnya dari orang lain
Debutante bila berpakaian mereka bergaya
Debutante bila berjalan mereka berjaga
Debutante bila bercakap mereka beretika
Debutante bila ketawa mereka ada batasannya
Debutante bila makan mereka ada adabnya
Inilah debutante
Orang tidak tahu
Bila orang lihat debutante
Mereka sinis, mereka tidak idealis, mereka tidak kritis,
Mungkin perspektif mereka dari obliknya sahaja, sedangkan aku lihat dari seluruh pelan nyata,
Aku mahu beretika, aku mahu berjaga, aku mahu adabnya, aku mahu batasannya, bukan egonya, bukan lagaknya dan bukan seluruh dunia mereka.
Sedarlah orang, jangan leka dengan dunia biadapmu, jangan leka dengan dunia rakusmu dan jangan leka dengan dunia semberenomu,
Ikut jejak aku, aku ikut debutante,
Dan jaminanku kamu tidak akan rugi waima sekelumit hampas padi
Jika jaminanku ini tidak terbukti, penjaralah aku dalam lokap dendam di hati kamu.
Kerana akulah yang khabarkan pada kamu supaya ikut jejak aku jadi debutante.
Wednesday, November 12, 2008
debutante...
at 6:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment